Banjir.

(Tulisan di alam maya oleh seorng blogger)

*PRU15 – Bilakah Malaysia tanpa banjir?*

Kalau ikutkan sejarah:
Kelantan pernah berlaku banjir besar antara Disember 2014 hingga Februari 2015.

Perak antara Febuari hingga Mac April Jun.

Kedah dan Perlis pernah berlaku pada Jun dan Julai.

Johor Pahang Terengganu antara Ogos hingga September malah pernah berlaku antara Februari hingga Mac.

Bagi Sabah dan Sarawak pernah berlaku antara Januari, Februari, Mac dan April.

Manakala Selangor Melaka Negeri Sembilan pernah berlaku pada bulan Januari hingga Febuari, Jun hingga Julai, Ogos hingga September malah November dan Disember pun pernah berlaku.

Jadi bulan apakah di Malaysia tidak pernah berlaku banjir? Setiap bulan pernah ada sejarah banjir diantara 14 negeri di Malaysia.

Sedangkan parlimen akan bubar secara automatik pada Jun yang mana pernah ada sejarah banjir besar di Kedah dan Perlis termasuk Melaka dan Negeri Sembilan hingga ke Selangor.

Siapa dapat ramal kerja Tuhan bila musibah datang. Buat PRU15 sekarang atau hingga tamat tempuh parlimen Jun 2023 tetap ada risiko banjir.

Tetapi antara Oktober dan November belum pernah ada sejarah banjir besar berbanding bulan Jun pernah berlaku di Kedah dan Perlis.

Jadi apa masalah sama sahaja risiko, yang penting bubar parlimen demi membentuk kestabilan politik negara jauh lebih besar manfaat untuk memulihkan ekonomi negara supaya bila ada musibah besar negara mempunyai peruntukan yang cukup untuk membantu rakyat!